Sunday 31 August 2014

MTQNH Tualang Tinggi- hancurnya sebuah impian

Assalamualaikum..

Pada 31 ogos 2014, kami melawat rumah bekas mudir kami di Kg.Padang Pak Amat, Pasir Puteh sambil berkumpul bersama para sahabat seperjuangan dan para murabbi kami 7 tahun dahulu. Pada awalnya kami merancang untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekolah yang dah musnah dan terbiar setelah tragedi hitam yg berlaku pada 22 Oktober 6 tahun dahulu.
Tapi setelah Mudir (Ustaz Suzani jaafar) mengetahui hasrat kami, beliau melarang kami berbuat sedemikian dan menasihatkan kami supaya berbincang dengannya terlebih dahulu kerana ada beberapa perkara yg perlu dijelaskan sebelum kami melaksanakan hasrat tersebut. Berikut adalah jawapan mudir apabila diajukan soalan tentang sekolah tersebut..

Sambil silanya disimpul kemas..beliau tenang memulakan cerita dengan sejarah penubuhan sekolah tersebut...

Pada awalnya, sebelum MTQNH dibuka di lokasi tersebut..sebuah sekolah agama telah bertapak disitu beralaskan sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah. Namun perjanjian wakafnya itu tidak tertulis di atas geran (wokah atas mulot) sebaliknya geran tanah itu dinamakan dengan nama 4 orang individu yang paling dipercayai di kampung itu.(x nak sebot nama).

Setelah sekolah agama tersebut dihentikan operasi disebabkan faktor2 tertentu, YIK menempatkan sebuah sekolah tahfiz dibawah naungan MTS utk penempatan 70 orang pelajar tingkatan 1 yang mendaftarkan diri pada 14 Januari 2006. Ketika inilah sekolah ini mula bertapak dan kian utuh berdiri memperjuangkan anak2 penjaga kalam Illahi.
Dalam masa kurang dari setahun, sekolah yang amat uzur ini berjaya ditransformasikan kepada sebuah institusi yang mempunyai fasiliti yg amat memuaskan dan indah hasil kerjasama dan sumbangan beberapa pihak.
Pada asalnya mengikut perancangan awal, sepatutnya sekolah ini hanya akan beroperasi selama setahun dan pada tahun kedua semua pelajar akan dipindahkan ke kampus utama MTS di Tanah Merah. Namun, setelah dinilai dengan keadaan sekolah yang sudah kukuh bertapak, amat rugi jika sekolah ini dihentikan operasinya.

Setelah dibincangkan, kata putus dikeluarkan utk mnjadikan sekolah ini Maahad tahfiz Qiraat di bawah naungan MTAQ Pulai Chondong. Pelajar yg didaftarkan pada tahun 2006 tersebut diberi pilihan utk menyambung pelajaran dalam aliran sains d MTS atau terus menetap disitu dalam aliran qiraat. Seterusnya, pada tahun 2007, sekolah ini mendapat penyertaan daripada pengambilan pelajar tingkatan 1 yang baru.
****************************************

Tanggal 22 Oktober 2007,

Friday 29 August 2014

Titik Pertemuan Kita- ThirdBatch + Gen8

Bismillah.
Alhamdulillah pada cuti semester ini, Ahli organisasi Qurra'3 berkesempatan untuk melawat dan bermesra dengan 'Batch Angkat' kami iaitu pelajar2 tingkatan Empat a.k.a Generasi 8.

Pada tarikh 27.8.2014 kami beberapa orang ahli Qurra' telah melawat ke Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman di Kok Lanas untuk bertemu pelajar lelaki batch angkat di sana. Pelajar tingkatan empat disini berjumlah 139 orang dan alhamdulillah jumlah yang hadir ke majlis kami lebih separuh daripada jumlah itu walaupun pengumuman perjumpaan dibuat secara adhoc. Walaupun baru pertama kali bertemu, tapi kemesraan adik-adik sangat kami hargai, melayan kerenah gurauan kami dan sanggup berkorban masa untuk diluangkan bersama kami. Terima kasih ya adik- adik. Yang penting, semua jjuruh sangat. *jjuruh-sangat baik

Majlis diakhiri dengan ahli Qurra' banin bersukan bersama-sama adik-adik untuk mengeratkan lagi ukhuwah, insyaAllah.






Pertemuan mesra dilanjutkan pula ke MTS tanah merah dengan adik-adik banat. Pada 29.8 dengan dihadiri bersama ahli qurra' yang lain, meriah sangat! Alhamdulillah ramai yang hadir dan kami sempat berkongsi bermacam kisah, pengalaman, nasihat dan banyak lagi cerita bersama. InsyaAllah, ukhuwah kita takkan terhenti disitu je, kan? :)

Third Batch dan Batch8

Berselfie bersama adik2. Dari kiri: Izzat, Munawwar, Nabil, Budin

Dari kiri: Ayunurili, Khadijah, Najwa, Ain Syahirah, Athirah

Kumpulan LDK6 bersama senior Eisy dan Qawiy



Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, terutama kepada adik-adik yang sanggup berkorban masa datang nak jumpa kami, terharu sangattt T.T
Semoga kita berjumpa lagi ya adik !

QURRA'3
APART BUT ONE

Monday 16 June 2014

Barakallahulakum - Majlis Raikan Cinta

Bismillah.

Tahun berganti tahun, masa berganti masa, sedar tidak sedar, angka umur telahpun tiba di tahap dewasa. Ini bermakna, umur sudah cukup matang untuk mendirikan masjid.
Alhamdulillah, selepas hampir 4 tahun kami bergraduasi daripada MTS, akhirnya tibalah masanya sahabat-sahabat kami mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing.

Pada tarikh 12 Jun 2014, Nurlaila Syakira selamat dinikahkan dengan pasangannya, Abdul Hadi.

Pada 13Jun 2014 pula, Khairul 'Atiyyah bersama pasangannya Abdul Rahman selamat diijabkabulkan.


Tahniah kepada kedua-dua pasangan, Semoga Allah merahmati kehidupan kalian. 
Barakallahulakum.

QURRA 3
APART BUT ONE

Tuesday 27 May 2014

Petak Ukhuwah Mahabbah

Assalamualaikum.
27 Rejab 1435H- Di Bawah teduhan pokok rendang, Tasik Titiwangsa.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Hari ini adik-adik usrah mengajak untuk be-rehlah dan berusrah. Perkara biasa yang ada dalam rehlah-makanan. Tapi bukan makanan fizikal sahaja tetapi juga makanan jiwa :)
Kami berkongsi Kisah Israk Mikraj, Kelebihan Syaaban dan pengalaman Ramadhan. Indah dan bahagia melihat senyuman mereka.

Selepas hampir dua jam, kami mengakhiri usrah dengan ucapan daripada setiap ahli usrah. Apabila setiap dari mereka memberi kata-kata serta berkongsi pengalaman berusrah sepanjang tahun ini, hati saya tersentuh.

" Alhamdulillah, saya dapat banyak ilmu"
      " Saya dapat rasakan perubahan dalam diri saya terutama dari segi pemakaian"
" Saya mula membaca buku islamik sekarang- berkaitan kiamat"
     " Saya dapat ketenangan apabila datang usrah"
"Saya dapat reflect diri apabila hadir usrah"

Terharu dan bersyukur.



Masya-Allah. Di saat itu hati saya teringat satu peristiwa beberapa hari sebelum itu. Perbualan saya dengan seorang kakak.

"Akak, saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa saya tidak sesuai dengan adik usrah"
"Kenapa? Awak rasa tak mampu ke?"
"Entah la akak, saya rasa ada sesuatu tak kena. Emm"

Astaghfirullah. Selepas usrah tadi, kini saya sedar tentang sesuatu.
Pentarbiyahan tidak berlaku dalam masa yang singkat tetapi mengambil masa. Apa yang diperlukan adalah SABAR.
Sabar dalam mentarbiyah dan ditarbiyah. Sebagai seorang naqibah, saya perlu sabar dalam mentarbiyah adik-adik usrah kerana mereka juga sabar untuk ditarbiyah. Betapa besar komitmen mereka untuk hadir ke usrah dan mengucap kata maaf apabila tidak dapat hadir ke usrah.

Saya sedar, perasaan tidak kena itu sebenarnya datang dari diri sendiri. Mungkin ini adalah punca dari diri ini seorang pendosa. Dosa yang menjadi hijab daripada melihat kesungguhan, kesabaran serta keindahan dalam berukhuwah bersama mereka. Sehingga hadirnya perasaan tidak yakin dan percaya. Nauzubillah.

Allah yang Maha Besar yang menunjukkan hikmah selepas sesuatu kejadian. Bersyukur kepada Allah kerana memberikan nikmat ini, untuk belajar mentarbiyah dan peluang untuk ditarbiyah.
Usrah saya ibaratkan seperti sebuah petak yang setiap penjuru itu sangat penting. Jika satu penjuru hilang, maka berubahlah bentuk petak itu. Begitulah usrah, jika seorang ditinggalkan, tidaklah lengkap satu usrah kerana hakikatnya kita saling memerlukan untuk saling mengingati.


Hati ini sangat menyayangi setiap hati yang bertaut dalam usrah ini. Diri ini sangat teruja dan gembira dengan perubahan dalam diri mereka kerana ia membangkitkan semangat saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sungguh dan benar, Usrah adalah medium tautan hati. Kepada adik-adik usrah yang disayangi kerana Allah, binalah perubahan dalam diri walau sebanyak 0.001% kerana A thousands journey start with a step :)

I wish to care for them till they achieve the best of themselves like parents watching their child growing.

Nothing can do us apart except with Allah will.

Wassalam :)

-TintaSeorangNaqibah

Menelusuri kisah ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum Sahabat !

Hari ini? 27 Rejab1435H. Sepertimana tercatit di dalam sejarah, hari ini merupakan hari di mana Israk Mikraj berlaku. Apa yang berlaku? Jom mulakan pembacaan anda.!


PERISTIWA ISRAK MIKRAJ NABI MUHAMMAD S.A.W. – 27 REJAB
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):


Friday 11 April 2014


memori di bumi dQ~ (bahagian i)

                                                 
                                            Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah~


Darul Quran, JAKIM

kadang-kadang, ada yang belajar bidang agama ini was-was tentang kerjaya, takut tak dapat kerja la, susah nak dapat kerja la, sebenarnya ia lebih meluas daripada kerjaya lain kerana kebiasaannya bidang agama ni tak ramai yg belajar[kot²,haa]. Rezeki Allah sudah tentukan, usaha belajar dah ada kan? Dah tu, InsyaAllah akn menyusul rezekinya, siapa tahu ketentuanNya?.Dan satu lagi, ajal kita tidak tahu, apatah lagi mahu komen tentang masa hadapan yg tidak pasti.[kan²]

"Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan" [Al-Baqarah : 245]

Sebenarnya ! jeng ! jeng ! ... dalam belajar kita tidak memerlukan pemikirkan tentang kerja, merancang itu perlu. Apabila kita berada dalam arus belajar, niat adalah peranan paling penting."niatlah utk menghilang kejahilan diri & menambahkn ilmu".
Okay..dh banyak merapu~
Dengan kalimah agung saya memulakan bicara, recall masa mula2 masuk DQ..tapi..jap deh nak inform..sekarang dah habis diploma di dQ..dQ?apa tu? Darul Quran ye..Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya..masa mula2 masuk tu..tak tahu nak cakap apa..sebenarnya, tak sangka jugak la dapat dQ n memang akan sambung belajar di dQ..huhu..walaupun hati sebenarnya..tak nak masuk pun sebab saya fikir buat apa nak masuk DQ? Sedangkan saya dah khatam Quran dan nak masuk dQ untuk program diploma pulak tu..3 tahun kott..huhu..tapi kita raikan pendapat ummi dan abah..orang cakap kalau kita ikut ummi n abah ni insyaAllah ada betulnya tu..hmm..memang betul pun..huhu..

redha Allah terletak pada redha  ibu bapa^^

Masa hari pendaftaran tu datang DQ..huhu..rupanya ramai je sahabat2 dr MTS yang terchenta sambung sekali denganku..hukhuk..ye la kan.. banat MTS seramai 9 orang semuanya termasuk saya la.. dan banin MTS 4 orang semuanya..okay..mula lah kehidupan kami di sini..5 hari 4 malam kami berorientasi bersama pegawai-pegawai DQ khususnya pensyarah la kann..hehe..untuk 3 hari 2 malam kami berprogram bersama barisan kepimpinan DQ yang namanya PERKEMAT, Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran..huh~ panjang sangat namanya..program kami bertempat di The Rock Resort, Ulu Yam..Hadaf orientasi ini untuk memupuk ukhuwah antara kami semua..ye la kann..al maklumlah..pelajar baru..semua nya kawan2 baru..

Okay~ untuk minggu kedua baru lahh mulanya kuliah, kelas tasmi’ dan bagai2 lahh..sebenarnya untuk sistem pembelajaran di DQ ni setiap hari isnin hingga jumaat ada kelas tasmi’ bermulanya jam 8 – 10 pagi..kami telah dibahagikan kelas oleh Jabatan Al-Quran(JPAQ) bersama seorang guru..kebiasaan seorang guru akan diberi amanah seramai 12 orang pelajar dalam masa 3 tahun iaitu dari kami sem 1-6 la kan? after jam 10 pagi, akan ada rehat 30 minit dan 10.30 hingga petang dan kebiasaannya hingga 5.00 petang mula kelas subjek yang diambil mengikut course yang ada kat DQ ni..
opps~~ lupa la nak cerita pasal course kat DQ..course kat DQ ni ada 5 course semuanya..kat sana kami tak panggil course..kami panggil syukbah..ada Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadith dan Muamalat..dan untuk pengetahuan kamu semua..untuk pengambilan tahun ni..2014..dah ada syukbah baru, iaitu syukbah pengurusan halal dan haram [kot2 la kan]..tak pasti nama penuhnya..untuk syukbah ni..pelajar-pelajar akan mengisi borang semasa minggu orientasi..opps..lupa nak inform..saya ni syukbah syariah deh..

Saya rasa cukup kot untuk setakat ni..nanti kita sambung pulakk^^sorry~penulisan biasa je kerana budak baru belajar la katakan.. syukran!


Mumtazah^^

BICARA MESRA

BICARA MESRA 
~3RD BATCH & 8TH BATCH~
11042014

Program ini diadakan untuk memperkenalkan mereka(8th Batch) kepada organisasi 3rd Batch iaitu Qurra'3. 8th Batch terdiri daripada pelajar tingkatan 4 juga merupakan 'batch' angkat bagi 3rd Batch.



Sesi suai kenal & bicara mesra



Sesi penggambaran 8th Batch & 3rd Batch

3rd Batch yang hadir
Dari kiri : Eisy Humaira, Asma' Salsabila, Siti Khadijah, Rasyadah,
Siti Nor Amiratul Aisyah

 Tinta Kacang Butir =1


Saturday 1 March 2014

Salam Perkenalan

Assalamualaikum. Ahlan wasahlan :)

Siapa Kami?
Qurra`3 merupakan sebuah pertubuhan khusus buat seluruh banin dan banat bekas pelajar generasi KETIGA (3) Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah sesi 2006-2010.
Pertubuhan ini merupakan salah satu dari pertubuhan Alumni di bawah Intellectual Quranic Alumni Generation Club, Maahad Tahfiz Sains (ITQan MTS).
Qurra' 3 mempunyai ahli seramai 123 ahli yang telah bergraduasi daripada MTS pada tahun 2010 dan kini telah berjaya menempatkan diri di universiti - universiti di serata dunia. 

Maahad Tahfiz Sains?

MAAHAD TAHFIZ SAINS Yayasan Islam Kelantan telah mula beroperasi pada 25 Januari 2004 yang dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Idea penubuhan ini juga adalah hasil dari cetusan pemikiran beliau sendiri yang mengharapkan wujudnya kesepaduan ilmu wahyu dengan ilmu wakie dalam kurikulum.
Bermula dengan 60 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan dengan empat kelas sekarang ini jumlah pelajar ialah 1485 orang dengan penempatan di lima buah sekolah agama Yayasan Islam Kelantan. Kampus induk di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah menempatkan 674 pelajar.


Selamat Berkongsi ilmu bersama kami :)

Wednesday 19 February 2014

Ayuh bersyukur

Assalamualaikum. Ahlan wasahlan.

" Bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan percaya lah bahawa segala nikmat datang daripada Allah bukan secara kebetulan atau nasib semata mata "

Seringkali hamba-Nya mengeluh dengan perkara yang terjadi dalam kehidupannya. Terkadang pula mereka ketawa gembira kerana apa yang diingini dikecapi dan terkadang mereka bermuram duka jika hajat tidak dipenuhi.

Pelbagai cara berbagai makna.

Apabila memperoleh nikmat kegembiraan, usah lah merasa terlalu bangga dengan diri, yakin bahawa kejayaan ini adalah usaha sendiri 100 peratus. Yakin bahawa ini lah hasil titik peluh selama ini, malah yakin bahawa diri ini lah yang menghasilkan kejayaan ini.

Bukankah di dalam Al Quran telah tercatit kebesaran Allah yang maha Pencipta dan Maha Mengetahui dan mempunyai kuasa 'Kun fayakun?'

Yakinlah. Allah Maha Besar. Segala yang berlaku adalah mengikut aturan yang ditetapkan oleh Nya. Kita sebagai hamba haruslah melaksanakan tugas kita di muka bumi ini. Terus berusaha menggapai redha Allah agar Allah mengaturkan perjalanan yang terbaik dan diiringi mardhatillah.

Jangan diungkap
 'alaa nasib je ni kali ni dapat pointer tinggi'
'kebetulan pulak jumpa dia, dapat makanan banyak'
' dah nasib kali ni sakit'

Ucapkanlah Alhamdulillah. Dahulukan syukur kepada Allah yang telah mengaturkan segalanya.

" Alhamdulillah rezeki Allah kali ni pointer saya tinggi"
" Alhamdulillah jumpa dia, rezeki malam ni dapat makanan banyak"
" Alhamdulillah, semoga sakit ini menjadi penghapus dosa ku"

Alhamdulillah untuk nikmat Iman di dalam hati.
Syukur untuk segalanya. Senyum.