Sunday 31 August 2014

MTQNH Tualang Tinggi- hancurnya sebuah impian

Assalamualaikum..

Pada 31 ogos 2014, kami melawat rumah bekas mudir kami di Kg.Padang Pak Amat, Pasir Puteh sambil berkumpul bersama para sahabat seperjuangan dan para murabbi kami 7 tahun dahulu. Pada awalnya kami merancang untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekolah yang dah musnah dan terbiar setelah tragedi hitam yg berlaku pada 22 Oktober 6 tahun dahulu.
Tapi setelah Mudir (Ustaz Suzani jaafar) mengetahui hasrat kami, beliau melarang kami berbuat sedemikian dan menasihatkan kami supaya berbincang dengannya terlebih dahulu kerana ada beberapa perkara yg perlu dijelaskan sebelum kami melaksanakan hasrat tersebut. Berikut adalah jawapan mudir apabila diajukan soalan tentang sekolah tersebut..

Sambil silanya disimpul kemas..beliau tenang memulakan cerita dengan sejarah penubuhan sekolah tersebut...

Pada awalnya, sebelum MTQNH dibuka di lokasi tersebut..sebuah sekolah agama telah bertapak disitu beralaskan sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah. Namun perjanjian wakafnya itu tidak tertulis di atas geran (wokah atas mulot) sebaliknya geran tanah itu dinamakan dengan nama 4 orang individu yang paling dipercayai di kampung itu.(x nak sebot nama).

Setelah sekolah agama tersebut dihentikan operasi disebabkan faktor2 tertentu, YIK menempatkan sebuah sekolah tahfiz dibawah naungan MTS utk penempatan 70 orang pelajar tingkatan 1 yang mendaftarkan diri pada 14 Januari 2006. Ketika inilah sekolah ini mula bertapak dan kian utuh berdiri memperjuangkan anak2 penjaga kalam Illahi.
Dalam masa kurang dari setahun, sekolah yang amat uzur ini berjaya ditransformasikan kepada sebuah institusi yang mempunyai fasiliti yg amat memuaskan dan indah hasil kerjasama dan sumbangan beberapa pihak.
Pada asalnya mengikut perancangan awal, sepatutnya sekolah ini hanya akan beroperasi selama setahun dan pada tahun kedua semua pelajar akan dipindahkan ke kampus utama MTS di Tanah Merah. Namun, setelah dinilai dengan keadaan sekolah yang sudah kukuh bertapak, amat rugi jika sekolah ini dihentikan operasinya.

Setelah dibincangkan, kata putus dikeluarkan utk mnjadikan sekolah ini Maahad tahfiz Qiraat di bawah naungan MTAQ Pulai Chondong. Pelajar yg didaftarkan pada tahun 2006 tersebut diberi pilihan utk menyambung pelajaran dalam aliran sains d MTS atau terus menetap disitu dalam aliran qiraat. Seterusnya, pada tahun 2007, sekolah ini mendapat penyertaan daripada pengambilan pelajar tingkatan 1 yang baru.
****************************************

Tanggal 22 Oktober 2007,


Lebih kurang seminggu selepas para pelajar menamatkan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman, mereka dikejutkan dengan kemunculan api yang membakar tilam di dorm mereka yang terletak di aras 1 bangunan utama sekolah. Alhamdulillah , dengan keberanian seorang pelajar tingkatan 2 , Abbas Abdul Wahab, api tersebut berjaya dipadamkan dengan menggunakan pemadam api.

Namun, sedang mereka tenang menjalani pembelajaran di kelas seperti biasa (x pasti pada hari sama atau berlainan) mereka diarahkan keluar oleh para murabbi dan berkumpul di dataran. Setelah keluar dari kelas, semuanya terkejut apabila melihat sekali lagi api membakar tilam2 di dorm tetapi dengan bilangan yang lebih banyak dan api yang lebih marak.
Kali ini ternyata sekolah mereka memang tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka hanya memerhati dari jauh sekolah yang didiami selama ini dijilat api yang semakin marak sambil titisan tangisan jantan membasahi pipi wajah2 kecil mereka.

Yang menjadi tanda tanya, bagaimana kebakaran itu boleh berlaku disebabkan beberapa faktor yg agak ganjil setelah diperiksa selepas kejadian:
1- Fius utama tidak terbakar.
2- Bekalan elektrik sememangnya tiada sewaktu kejadian kerana penambahbaikan sedang dilakukan.
3- Kebakaran hanya bermula di tilam- tilam walaupun katil2 disusun berjauhan.

Bekas Mudir - berbaju hijau
*****************************************

Usaha membangunkan kembali sekolah..?

Setelah tragedi hitam itu berlaku, pihak YIK bercadang utk membangunkan kembali sekolah tahfiz di kampung tersebut. Setelah dibincangkan, terdapat dua pihak yang menyuarakan dua pendapat.
1-Membina sekolah kembali di tapak lama.
2-Membina sekolah di kawasan baru yang lebih luas berhampiran masjid mukim.

Setelah dinilai segala aspek, pihak yang berkenaan bercadang utk membina kembali di tapak yang lama dan meluaskan kawasan dengan membeli tanah tambahan di belakang tapak lama.
Namun satu masalah yang amat mengejutkan berlaku.

Sebagaimana yang disebut di awal cerita tadi, tapak sekolah ini diwakafkan oleh seorang hamba Allah secara tidak rasmi dan geran dinamakan dengan nama 4 orang individu sbgai wakil. Namun, selepas kebakaran, apabila sekolah baru ingin dibina, individu2 tersebut meminta bayaran dan mengaku tanah tersebut milik mereka!!!
 Perkara ini tidak dapat disangkal kerana geran tidak menceritakan bahawa tanah ini telah diwakaf dan pemilik asal tanah juga telah meninggal dunia.
Yang lebih teruk lagi, individu2 tersebut menukarkan mangga pagar utama yang pada asalnya dipegang oleh bekas mudir dengan mangga yang baru. Bahkan apabila beliau meminta kunci tersebut kerana berhasrat utk membersihkan kawasan sekolah yg telah dijajah lalang dan semak, juga x dibenarkan oleh mereka.

Selain itu, pihak YIK juga cuba utk menggunakan pilihan kedua dengan membangunkan sekolah di atas tanah baru yang ditawarkan. Namun, perancangan itu juga menemui jalan buntu disebabkan faktor yang kurang jelas walaupun kawasan itu telah diratakan dengan tanah yang memakan belanja yang agak besar dari pihak yayasan.

Secara keseluruhannya, perancangan utk membangunkan kembali MTQNH mungkin hanya tinggal harapan dan namanya ini akan kekal bersemadi didalam hati kami yang pernah menumpang teduhannya suatu ketika dahulu.

*********************************************

Seusai pulang dari rumah mudir, kami sempat singgah utk menjenguk sekolah itu yang telah dinaiki semak yang menenggelamkan hampir semua aras bawah bangunan.
Yang menghairankan kami adalah..jelingan yang kurang enak dilontarkan kepada kami oleh orang kampung yang lepak di kedai kopi berhampiran menggusarkan kami.
Persoalan mula bermain di fikiran...
What's going on actually??!!!
What's wrong with these people??!!!






Kami sedang melihat gambar-gambar kenangan lama


by: KJKoppa

No comments:

Post a Comment