Wednesday 19 February 2014

Ayuh bersyukur

Assalamualaikum. Ahlan wasahlan.

" Bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan percaya lah bahawa segala nikmat datang daripada Allah bukan secara kebetulan atau nasib semata mata "

Seringkali hamba-Nya mengeluh dengan perkara yang terjadi dalam kehidupannya. Terkadang pula mereka ketawa gembira kerana apa yang diingini dikecapi dan terkadang mereka bermuram duka jika hajat tidak dipenuhi.

Pelbagai cara berbagai makna.

Apabila memperoleh nikmat kegembiraan, usah lah merasa terlalu bangga dengan diri, yakin bahawa kejayaan ini adalah usaha sendiri 100 peratus. Yakin bahawa ini lah hasil titik peluh selama ini, malah yakin bahawa diri ini lah yang menghasilkan kejayaan ini.

Bukankah di dalam Al Quran telah tercatit kebesaran Allah yang maha Pencipta dan Maha Mengetahui dan mempunyai kuasa 'Kun fayakun?'

Yakinlah. Allah Maha Besar. Segala yang berlaku adalah mengikut aturan yang ditetapkan oleh Nya. Kita sebagai hamba haruslah melaksanakan tugas kita di muka bumi ini. Terus berusaha menggapai redha Allah agar Allah mengaturkan perjalanan yang terbaik dan diiringi mardhatillah.

Jangan diungkap
 'alaa nasib je ni kali ni dapat pointer tinggi'
'kebetulan pulak jumpa dia, dapat makanan banyak'
' dah nasib kali ni sakit'

Ucapkanlah Alhamdulillah. Dahulukan syukur kepada Allah yang telah mengaturkan segalanya.

" Alhamdulillah rezeki Allah kali ni pointer saya tinggi"
" Alhamdulillah jumpa dia, rezeki malam ni dapat makanan banyak"
" Alhamdulillah, semoga sakit ini menjadi penghapus dosa ku"

Alhamdulillah untuk nikmat Iman di dalam hati.
Syukur untuk segalanya. Senyum.



1 comment: