Tuesday 3 February 2015

Kau dan aku berbeza

Bismillah.

DIFFERENCE
PERBEZAAN

Sesuatu yang sering wujud dalam kehidupan kita. 

Kau suka nasi lemak
Aku suka nasi kerabu

Kau suka warna biru
Aku suka warna hijau

Kau suka pakai kopiah
Aku suka pakai serban

Kau suka jus oren
Aku suka jus epal

Kau suka kopi
Aku suka milo

Kau berpendapat begitu
Aku berpendapat begini

okay cukup kut contoh tu? 

Dalam hidup kita, kita takkan pernah lari daripada menghadapi perbezaan. Sama ada dengan sahabat kita, dengan keluarga kita mahupun dengan orang baru dalam hidup kita yang kita berjumpa di stesen bas mahupun di pasaraya Tesco (eh).

Persoalannya bagaimana kita menerima perbezaan itu?

Ada mereka yang ego, pantang ada yang berbeza dengannya pasti mahu berdebat dan bersuara lantang.
Ada mereka yang akur bila ada yang berbeza dengannya maka hanya meng iya kan sahaja.
Ada pula yang cuba berbahas dengan memberi pendapat lain untuk mengukuhkan hujahnya.

Cara penerimaan perbezaan memainkan peranan yang penting dalam hidup kita terutamanya dalam persahabatan.

Fokusnya disini adalah perbezaan dalam bersahabat.
Teringat aku kepada sahabat seperjuangan daripada sekolah menengah lagi, sahabat se’batch’ yang punyai pelbagai ragam. Ya, kami memang terdiri daripada pelbagai jenis personaliti. Semestinya bila bersahabat; bertelingkah, bergaduh tu perkara biasa lebih-lebih lagi ketika kami masih remaja (high-schoolers), well it was ‘fasa pembesaran’ kan, biasalah tengah ‘excited’ dalam hidup. Huhu.

Banyak perbezaan antara kami sebenarnya tapi you know what, itu lah yang menceriakan hidup kami malah merapatkan hubungan kami.

Nak katanya

Ada yang skema, setiap peraturan sekolah mesti ikut tak tinggal satu pun.

Ada yang ‘sedikit skema’, patuh peraturan dan jalankan tugas tapi masih ‘bersubahat’ dengan yang nakal.

Ada yang ‘tolong’ atau ‘tumpang’ buat nakal je tapi tak pernah kena tindakan disiplin, sedikit ‘rebel’ la.

Ada yang hidupnya memang suka sendiri, tak perlu nak teman pun buat apa-apa. Dirinya pun senyap je.

Ada pula yang ‘gila-gila’ perangainya. Suka main-main, kacau orang tapi masih kekal berdisiplin (sikit).

‘Kaki Study’? Haruslah ada. Mengadap buku je dan mesti cepat siap buat kerja sekolah. Pastinya akan jadi bahan rujukan orang lain huhu.

Kaki tidur dalam kelas tapi result exam gempak? Wajib ado. (no komen)

Ada juga golongan yang selalu jadi perhatian guru-guru. Haha. Yang ni mesti la pelajar2 ‘cemerlang’.

Ada yang jenis panas baran. Pantang ada tak kena sikit, mula la tunjuk berang.

Bila yang panas baran berang, yang sensitif pula akan merajuk.

Ada juga yang pantang tercabar, tengok orang lain lebih dari dia mula lah pecut nak lawan orang tu. Orang macam ni kalau terlebih semangat orang lain boleh jadi ‘mangsanya’ huhu.

Ada pula yang ‘lambat faham’ bila berbual tapi cepat pula tangkap pelajaran.

Ada lagi. Banyak lagi. Sebab perbezaan itu berbeza caranya. Ya, kalau ada persamaan pasti ada perbezaannya. Begitu lah kami, bersekolah sekali selama 5 tahun memberi banyak memori. Semuanya jasa perbezaan tu jugak. Kalau sama je semua, tak best la kan? J

Lima tahun dan kami masih rapat sehingga kini walaupun banyak perbezaan. Mula-mula memang la banyak pergaduhan sampai tak bertegur pun huhu (childish kan) tapi hubungan tu masih kekal. Hairan jugak kan, mungkin kerana bila hari-hari berlalu kami mula belajar daripada pengalaman dalam hidup. Semakin meningkat usia, kematangan juga semakin meningkat dalam diri.

Belajar lah untuk menerima. Begitulah dalam bersahabat. Masing-masing saling cuba berusaha untuk jadi lebih baik. Jika tahu kita panas baran, usaha lah untuk ‘sejuk’ sikit dan jika kawan kita panas baran, cuba lah untuk tidak buatnya marah.

Kan best kalau begitu. Saling memahami.

Setiap kita perlu tanamkan dalam diri sifat mudah menerima teguran dan sikap positif. Menegur pula harus kena caranya. Hati manusia, walau sekeras mana pun ia bisa ditusuk juga.

Suka untuk aku kongsikan sedikit kata-kata daripada Us Pahrol dalam bukunya, ‘Di mana Dia di hatiku’. Us menyebut:

------------------ Dalam persahabatan, anda mesti mengenali antara kelemahan dan kejahatan. Kelemahan itu memang biasa- anda punya kelemahan, sahabat kita juga punya kelemahan. Jangan menginginkan satu kesempurnaan. Kasih tidak menjadikan kita buta dengan kelemahan tetapi sebaliknya menerima dengan wajar.
Apa hendak buat, sudah jodoh kita dengan orang begitu. Seperti mana kita bersabar dengannya, dia juga bersabar dengan kita. Dia bermujahadah, kita pun bermujahadah. Kita sama-sama tahu piawaian manusia yang syumul, tetapi kita sama-sama sedang merangkak mencapai piawaian itu.

Untuk berhadapan dengan masalah ini, pegang analogi ini. Hubungan kita seperti tangan kiri dan kanan, jika terdapat kotoran,kita temukan keduanya dan bergeseer antara satu sama lain. Akhirnya, dengan geseran dan laluan air, kedua-dua tangan yang kotor itu jadi bersih kerana geseran itu rupa-rupanya saling membersihkan.
Itulah himah ‘geseran’ dalam persahabatan. Kelemahan kalaupun tidak dapat diatasi tetapi dapat diterima dengan rela dan redha.--------------------------------


Agaknya jika ada yang sedang bertelingkah dengan rakan sekarang boleh la fikirkan balik ya. Go and apologize. Tak rugi pun kan minta maaf? Rendahkan sikit ego tu, cuba minta maaf. Hidup pasti lebih bahagia bila kita takde pertelingkahan. Senyumm.
Rapatkan hubungan sesama kita. You will never live alone unless you are in an isolated island. It’s a truth.

Hargai lah persahabatan yang anda ada sekarang kerana ia sangat berharga. Please maintain it. Dunia sekarang kan senang. Ada whatsApp, LINE, WeChat, Messenger, Instagram, Twitter. You can always ask your friends about them tapi jangan lah berhubung di media sosial sahaja ya. Hang out sometimes, it will be more meaningful.

Kita berbeza? Itu yang istimewa.

Hingga bertemu lagi. Wassalam.


By: B.H.