Tuesday 3 February 2015

Kau dan aku berbeza

Bismillah.

DIFFERENCE
PERBEZAAN

Sesuatu yang sering wujud dalam kehidupan kita. 

Kau suka nasi lemak
Aku suka nasi kerabu

Kau suka warna biru
Aku suka warna hijau

Kau suka pakai kopiah
Aku suka pakai serban

Kau suka jus oren
Aku suka jus epal

Kau suka kopi
Aku suka milo

Kau berpendapat begitu
Aku berpendapat begini

okay cukup kut contoh tu? 

Dalam hidup kita, kita takkan pernah lari daripada menghadapi perbezaan. Sama ada dengan sahabat kita, dengan keluarga kita mahupun dengan orang baru dalam hidup kita yang kita berjumpa di stesen bas mahupun di pasaraya Tesco (eh).

Persoalannya bagaimana kita menerima perbezaan itu?

Ada mereka yang ego, pantang ada yang berbeza dengannya pasti mahu berdebat dan bersuara lantang.
Ada mereka yang akur bila ada yang berbeza dengannya maka hanya meng iya kan sahaja.
Ada pula yang cuba berbahas dengan memberi pendapat lain untuk mengukuhkan hujahnya.

Cara penerimaan perbezaan memainkan peranan yang penting dalam hidup kita terutamanya dalam persahabatan.

Fokusnya disini adalah perbezaan dalam bersahabat.
Teringat aku kepada sahabat seperjuangan daripada sekolah menengah lagi, sahabat se’batch’ yang punyai pelbagai ragam. Ya, kami memang terdiri daripada pelbagai jenis personaliti. Semestinya bila bersahabat; bertelingkah, bergaduh tu perkara biasa lebih-lebih lagi ketika kami masih remaja (high-schoolers), well it was ‘fasa pembesaran’ kan, biasalah tengah ‘excited’ dalam hidup. Huhu.

Banyak perbezaan antara kami sebenarnya tapi you know what, itu lah yang menceriakan hidup kami malah merapatkan hubungan kami.

Nak katanya

Ada yang skema, setiap peraturan sekolah mesti ikut tak tinggal satu pun.

Ada yang ‘sedikit skema’, patuh peraturan dan jalankan tugas tapi masih ‘bersubahat’ dengan yang nakal.

Ada yang ‘tolong’ atau ‘tumpang’ buat nakal je tapi tak pernah kena tindakan disiplin, sedikit ‘rebel’ la.

Ada yang hidupnya memang suka sendiri, tak perlu nak teman pun buat apa-apa. Dirinya pun senyap je.

Ada pula yang ‘gila-gila’ perangainya. Suka main-main, kacau orang tapi masih kekal berdisiplin (sikit).

‘Kaki Study’? Haruslah ada. Mengadap buku je dan mesti cepat siap buat kerja sekolah. Pastinya akan jadi bahan rujukan orang lain huhu.

Kaki tidur dalam kelas tapi result exam gempak? Wajib ado. (no komen)

Ada juga golongan yang selalu jadi perhatian guru-guru. Haha. Yang ni mesti la pelajar2 ‘cemerlang’.

Ada yang jenis panas baran. Pantang ada tak kena sikit, mula la tunjuk berang.

Bila yang panas baran berang, yang sensitif pula akan merajuk.

Ada juga yang pantang tercabar, tengok orang lain lebih dari dia mula lah pecut nak lawan orang tu. Orang macam ni kalau terlebih semangat orang lain boleh jadi ‘mangsanya’ huhu.

Ada pula yang ‘lambat faham’ bila berbual tapi cepat pula tangkap pelajaran.

Ada lagi. Banyak lagi. Sebab perbezaan itu berbeza caranya. Ya, kalau ada persamaan pasti ada perbezaannya. Begitu lah kami, bersekolah sekali selama 5 tahun memberi banyak memori. Semuanya jasa perbezaan tu jugak. Kalau sama je semua, tak best la kan? J

Lima tahun dan kami masih rapat sehingga kini walaupun banyak perbezaan. Mula-mula memang la banyak pergaduhan sampai tak bertegur pun huhu (childish kan) tapi hubungan tu masih kekal. Hairan jugak kan, mungkin kerana bila hari-hari berlalu kami mula belajar daripada pengalaman dalam hidup. Semakin meningkat usia, kematangan juga semakin meningkat dalam diri.

Belajar lah untuk menerima. Begitulah dalam bersahabat. Masing-masing saling cuba berusaha untuk jadi lebih baik. Jika tahu kita panas baran, usaha lah untuk ‘sejuk’ sikit dan jika kawan kita panas baran, cuba lah untuk tidak buatnya marah.

Kan best kalau begitu. Saling memahami.

Setiap kita perlu tanamkan dalam diri sifat mudah menerima teguran dan sikap positif. Menegur pula harus kena caranya. Hati manusia, walau sekeras mana pun ia bisa ditusuk juga.

Suka untuk aku kongsikan sedikit kata-kata daripada Us Pahrol dalam bukunya, ‘Di mana Dia di hatiku’. Us menyebut:

------------------ Dalam persahabatan, anda mesti mengenali antara kelemahan dan kejahatan. Kelemahan itu memang biasa- anda punya kelemahan, sahabat kita juga punya kelemahan. Jangan menginginkan satu kesempurnaan. Kasih tidak menjadikan kita buta dengan kelemahan tetapi sebaliknya menerima dengan wajar.
Apa hendak buat, sudah jodoh kita dengan orang begitu. Seperti mana kita bersabar dengannya, dia juga bersabar dengan kita. Dia bermujahadah, kita pun bermujahadah. Kita sama-sama tahu piawaian manusia yang syumul, tetapi kita sama-sama sedang merangkak mencapai piawaian itu.

Untuk berhadapan dengan masalah ini, pegang analogi ini. Hubungan kita seperti tangan kiri dan kanan, jika terdapat kotoran,kita temukan keduanya dan bergeseer antara satu sama lain. Akhirnya, dengan geseran dan laluan air, kedua-dua tangan yang kotor itu jadi bersih kerana geseran itu rupa-rupanya saling membersihkan.
Itulah himah ‘geseran’ dalam persahabatan. Kelemahan kalaupun tidak dapat diatasi tetapi dapat diterima dengan rela dan redha.--------------------------------


Agaknya jika ada yang sedang bertelingkah dengan rakan sekarang boleh la fikirkan balik ya. Go and apologize. Tak rugi pun kan minta maaf? Rendahkan sikit ego tu, cuba minta maaf. Hidup pasti lebih bahagia bila kita takde pertelingkahan. Senyumm.
Rapatkan hubungan sesama kita. You will never live alone unless you are in an isolated island. It’s a truth.

Hargai lah persahabatan yang anda ada sekarang kerana ia sangat berharga. Please maintain it. Dunia sekarang kan senang. Ada whatsApp, LINE, WeChat, Messenger, Instagram, Twitter. You can always ask your friends about them tapi jangan lah berhubung di media sosial sahaja ya. Hang out sometimes, it will be more meaningful.

Kita berbeza? Itu yang istimewa.

Hingga bertemu lagi. Wassalam.


By: B.H.

Sunday 31 August 2014

MTQNH Tualang Tinggi- hancurnya sebuah impian

Assalamualaikum..

Pada 31 ogos 2014, kami melawat rumah bekas mudir kami di Kg.Padang Pak Amat, Pasir Puteh sambil berkumpul bersama para sahabat seperjuangan dan para murabbi kami 7 tahun dahulu. Pada awalnya kami merancang untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekolah yang dah musnah dan terbiar setelah tragedi hitam yg berlaku pada 22 Oktober 6 tahun dahulu.
Tapi setelah Mudir (Ustaz Suzani jaafar) mengetahui hasrat kami, beliau melarang kami berbuat sedemikian dan menasihatkan kami supaya berbincang dengannya terlebih dahulu kerana ada beberapa perkara yg perlu dijelaskan sebelum kami melaksanakan hasrat tersebut. Berikut adalah jawapan mudir apabila diajukan soalan tentang sekolah tersebut..

Sambil silanya disimpul kemas..beliau tenang memulakan cerita dengan sejarah penubuhan sekolah tersebut...

Pada awalnya, sebelum MTQNH dibuka di lokasi tersebut..sebuah sekolah agama telah bertapak disitu beralaskan sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah. Namun perjanjian wakafnya itu tidak tertulis di atas geran (wokah atas mulot) sebaliknya geran tanah itu dinamakan dengan nama 4 orang individu yang paling dipercayai di kampung itu.(x nak sebot nama).

Setelah sekolah agama tersebut dihentikan operasi disebabkan faktor2 tertentu, YIK menempatkan sebuah sekolah tahfiz dibawah naungan MTS utk penempatan 70 orang pelajar tingkatan 1 yang mendaftarkan diri pada 14 Januari 2006. Ketika inilah sekolah ini mula bertapak dan kian utuh berdiri memperjuangkan anak2 penjaga kalam Illahi.
Dalam masa kurang dari setahun, sekolah yang amat uzur ini berjaya ditransformasikan kepada sebuah institusi yang mempunyai fasiliti yg amat memuaskan dan indah hasil kerjasama dan sumbangan beberapa pihak.
Pada asalnya mengikut perancangan awal, sepatutnya sekolah ini hanya akan beroperasi selama setahun dan pada tahun kedua semua pelajar akan dipindahkan ke kampus utama MTS di Tanah Merah. Namun, setelah dinilai dengan keadaan sekolah yang sudah kukuh bertapak, amat rugi jika sekolah ini dihentikan operasinya.

Setelah dibincangkan, kata putus dikeluarkan utk mnjadikan sekolah ini Maahad tahfiz Qiraat di bawah naungan MTAQ Pulai Chondong. Pelajar yg didaftarkan pada tahun 2006 tersebut diberi pilihan utk menyambung pelajaran dalam aliran sains d MTS atau terus menetap disitu dalam aliran qiraat. Seterusnya, pada tahun 2007, sekolah ini mendapat penyertaan daripada pengambilan pelajar tingkatan 1 yang baru.
****************************************

Tanggal 22 Oktober 2007,

Friday 29 August 2014

Titik Pertemuan Kita- ThirdBatch + Gen8

Bismillah.
Alhamdulillah pada cuti semester ini, Ahli organisasi Qurra'3 berkesempatan untuk melawat dan bermesra dengan 'Batch Angkat' kami iaitu pelajar2 tingkatan Empat a.k.a Generasi 8.

Pada tarikh 27.8.2014 kami beberapa orang ahli Qurra' telah melawat ke Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman di Kok Lanas untuk bertemu pelajar lelaki batch angkat di sana. Pelajar tingkatan empat disini berjumlah 139 orang dan alhamdulillah jumlah yang hadir ke majlis kami lebih separuh daripada jumlah itu walaupun pengumuman perjumpaan dibuat secara adhoc. Walaupun baru pertama kali bertemu, tapi kemesraan adik-adik sangat kami hargai, melayan kerenah gurauan kami dan sanggup berkorban masa untuk diluangkan bersama kami. Terima kasih ya adik- adik. Yang penting, semua jjuruh sangat. *jjuruh-sangat baik

Majlis diakhiri dengan ahli Qurra' banin bersukan bersama-sama adik-adik untuk mengeratkan lagi ukhuwah, insyaAllah.






Pertemuan mesra dilanjutkan pula ke MTS tanah merah dengan adik-adik banat. Pada 29.8 dengan dihadiri bersama ahli qurra' yang lain, meriah sangat! Alhamdulillah ramai yang hadir dan kami sempat berkongsi bermacam kisah, pengalaman, nasihat dan banyak lagi cerita bersama. InsyaAllah, ukhuwah kita takkan terhenti disitu je, kan? :)

Third Batch dan Batch8

Berselfie bersama adik2. Dari kiri: Izzat, Munawwar, Nabil, Budin

Dari kiri: Ayunurili, Khadijah, Najwa, Ain Syahirah, Athirah

Kumpulan LDK6 bersama senior Eisy dan Qawiy



Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, terutama kepada adik-adik yang sanggup berkorban masa datang nak jumpa kami, terharu sangattt T.T
Semoga kita berjumpa lagi ya adik !

QURRA'3
APART BUT ONE

Monday 16 June 2014

Barakallahulakum - Majlis Raikan Cinta

Bismillah.

Tahun berganti tahun, masa berganti masa, sedar tidak sedar, angka umur telahpun tiba di tahap dewasa. Ini bermakna, umur sudah cukup matang untuk mendirikan masjid.
Alhamdulillah, selepas hampir 4 tahun kami bergraduasi daripada MTS, akhirnya tibalah masanya sahabat-sahabat kami mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing.

Pada tarikh 12 Jun 2014, Nurlaila Syakira selamat dinikahkan dengan pasangannya, Abdul Hadi.

Pada 13Jun 2014 pula, Khairul 'Atiyyah bersama pasangannya Abdul Rahman selamat diijabkabulkan.


Tahniah kepada kedua-dua pasangan, Semoga Allah merahmati kehidupan kalian. 
Barakallahulakum.

QURRA 3
APART BUT ONE

Tuesday 27 May 2014

Petak Ukhuwah Mahabbah

Assalamualaikum.
27 Rejab 1435H- Di Bawah teduhan pokok rendang, Tasik Titiwangsa.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Hari ini adik-adik usrah mengajak untuk be-rehlah dan berusrah. Perkara biasa yang ada dalam rehlah-makanan. Tapi bukan makanan fizikal sahaja tetapi juga makanan jiwa :)
Kami berkongsi Kisah Israk Mikraj, Kelebihan Syaaban dan pengalaman Ramadhan. Indah dan bahagia melihat senyuman mereka.

Selepas hampir dua jam, kami mengakhiri usrah dengan ucapan daripada setiap ahli usrah. Apabila setiap dari mereka memberi kata-kata serta berkongsi pengalaman berusrah sepanjang tahun ini, hati saya tersentuh.

" Alhamdulillah, saya dapat banyak ilmu"
      " Saya dapat rasakan perubahan dalam diri saya terutama dari segi pemakaian"
" Saya mula membaca buku islamik sekarang- berkaitan kiamat"
     " Saya dapat ketenangan apabila datang usrah"
"Saya dapat reflect diri apabila hadir usrah"

Terharu dan bersyukur.



Masya-Allah. Di saat itu hati saya teringat satu peristiwa beberapa hari sebelum itu. Perbualan saya dengan seorang kakak.

"Akak, saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa saya tidak sesuai dengan adik usrah"
"Kenapa? Awak rasa tak mampu ke?"
"Entah la akak, saya rasa ada sesuatu tak kena. Emm"

Astaghfirullah. Selepas usrah tadi, kini saya sedar tentang sesuatu.
Pentarbiyahan tidak berlaku dalam masa yang singkat tetapi mengambil masa. Apa yang diperlukan adalah SABAR.
Sabar dalam mentarbiyah dan ditarbiyah. Sebagai seorang naqibah, saya perlu sabar dalam mentarbiyah adik-adik usrah kerana mereka juga sabar untuk ditarbiyah. Betapa besar komitmen mereka untuk hadir ke usrah dan mengucap kata maaf apabila tidak dapat hadir ke usrah.

Saya sedar, perasaan tidak kena itu sebenarnya datang dari diri sendiri. Mungkin ini adalah punca dari diri ini seorang pendosa. Dosa yang menjadi hijab daripada melihat kesungguhan, kesabaran serta keindahan dalam berukhuwah bersama mereka. Sehingga hadirnya perasaan tidak yakin dan percaya. Nauzubillah.

Allah yang Maha Besar yang menunjukkan hikmah selepas sesuatu kejadian. Bersyukur kepada Allah kerana memberikan nikmat ini, untuk belajar mentarbiyah dan peluang untuk ditarbiyah.
Usrah saya ibaratkan seperti sebuah petak yang setiap penjuru itu sangat penting. Jika satu penjuru hilang, maka berubahlah bentuk petak itu. Begitulah usrah, jika seorang ditinggalkan, tidaklah lengkap satu usrah kerana hakikatnya kita saling memerlukan untuk saling mengingati.


Hati ini sangat menyayangi setiap hati yang bertaut dalam usrah ini. Diri ini sangat teruja dan gembira dengan perubahan dalam diri mereka kerana ia membangkitkan semangat saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sungguh dan benar, Usrah adalah medium tautan hati. Kepada adik-adik usrah yang disayangi kerana Allah, binalah perubahan dalam diri walau sebanyak 0.001% kerana A thousands journey start with a step :)

I wish to care for them till they achieve the best of themselves like parents watching their child growing.

Nothing can do us apart except with Allah will.

Wassalam :)

-TintaSeorangNaqibah