Bismillah.
DIFFERENCE
PERBEZAAN
Sesuatu yang sering wujud dalam kehidupan
kita.
Kau suka nasi lemak
Aku suka nasi kerabu
Kau suka warna biru
Aku suka warna hijau
Kau suka pakai kopiah
Aku suka pakai serban
Kau suka jus oren
Aku suka jus epal
Kau suka kopi
Aku suka milo
Kau berpendapat begitu
Aku berpendapat begini
okay cukup kut contoh tu?
Dalam hidup kita, kita takkan pernah lari
daripada menghadapi perbezaan. Sama ada dengan sahabat kita, dengan keluarga
kita mahupun dengan orang baru dalam hidup kita yang kita berjumpa di stesen
bas mahupun di pasaraya Tesco (eh).
Persoalannya bagaimana kita menerima
perbezaan itu?
Ada mereka yang ego, pantang ada yang
berbeza dengannya pasti mahu berdebat dan bersuara lantang.
Ada mereka yang akur bila ada yang berbeza
dengannya maka hanya meng iya kan sahaja.
Ada pula yang cuba berbahas dengan memberi
pendapat lain untuk mengukuhkan hujahnya.
Cara penerimaan perbezaan memainkan
peranan yang penting dalam hidup kita terutamanya dalam persahabatan.
Fokusnya disini adalah perbezaan dalam
bersahabat.
Teringat aku kepada sahabat seperjuangan
daripada sekolah menengah lagi, sahabat se’batch’ yang punyai pelbagai ragam. Ya,
kami memang terdiri daripada pelbagai jenis personaliti. Semestinya bila
bersahabat; bertelingkah, bergaduh tu perkara biasa lebih-lebih lagi ketika
kami masih remaja (high-schoolers), well it was ‘fasa pembesaran’ kan, biasalah
tengah ‘excited’ dalam hidup. Huhu.
Banyak perbezaan antara kami sebenarnya
tapi you know what, itu lah yang menceriakan hidup kami malah merapatkan
hubungan kami.
Nak katanya
Ada yang skema, setiap peraturan sekolah
mesti ikut tak tinggal satu pun.
Ada yang ‘sedikit skema’, patuh peraturan
dan jalankan tugas tapi masih ‘bersubahat’ dengan yang nakal.
Ada yang ‘tolong’ atau ‘tumpang’ buat
nakal je tapi tak pernah kena tindakan disiplin, sedikit ‘rebel’ la.
Ada yang hidupnya memang suka sendiri, tak
perlu nak teman pun buat apa-apa. Dirinya pun senyap je.
Ada pula yang ‘gila-gila’ perangainya.
Suka main-main, kacau orang tapi masih kekal berdisiplin (sikit).
‘Kaki Study’? Haruslah ada. Mengadap buku
je dan mesti cepat siap buat kerja sekolah. Pastinya akan jadi bahan rujukan
orang lain huhu.
Kaki tidur dalam kelas tapi result exam
gempak? Wajib ado. (no komen)
Ada juga golongan yang selalu jadi
perhatian guru-guru. Haha. Yang ni mesti la pelajar2 ‘cemerlang’.
Ada yang jenis panas baran. Pantang ada
tak kena sikit, mula la tunjuk berang.
Bila yang panas baran berang, yang
sensitif pula akan merajuk.
Ada juga yang pantang tercabar, tengok
orang lain lebih dari dia mula lah pecut nak lawan orang tu. Orang macam ni
kalau terlebih semangat orang lain boleh jadi ‘mangsanya’ huhu.
Ada pula yang ‘lambat faham’ bila berbual
tapi cepat pula tangkap pelajaran.
Ada lagi. Banyak lagi. Sebab perbezaan itu
berbeza caranya. Ya, kalau ada persamaan pasti ada perbezaannya. Begitu lah
kami, bersekolah sekali selama 5 tahun memberi banyak memori. Semuanya jasa
perbezaan tu jugak. Kalau sama je semua, tak best la kan? J
Lima tahun dan kami masih rapat sehingga
kini walaupun banyak perbezaan. Mula-mula memang la banyak pergaduhan sampai
tak bertegur pun huhu (childish kan) tapi hubungan tu masih kekal. Hairan jugak
kan, mungkin kerana bila hari-hari berlalu kami mula belajar daripada
pengalaman dalam hidup. Semakin meningkat usia, kematangan juga semakin
meningkat dalam diri.
Belajar lah untuk menerima. Begitulah
dalam bersahabat. Masing-masing saling cuba berusaha untuk jadi lebih baik.
Jika tahu kita panas baran, usaha lah untuk ‘sejuk’ sikit dan jika kawan kita
panas baran, cuba lah untuk tidak buatnya marah.
Kan best kalau begitu. Saling memahami.
Setiap kita perlu tanamkan dalam diri
sifat mudah menerima teguran dan sikap positif. Menegur pula harus kena
caranya. Hati manusia, walau sekeras mana pun ia bisa ditusuk juga.
Suka untuk aku kongsikan sedikit kata-kata
daripada Us Pahrol dalam bukunya, ‘Di mana Dia di hatiku’. Us menyebut:
------------------ Dalam persahabatan,
anda mesti mengenali antara kelemahan dan kejahatan. Kelemahan itu memang
biasa- anda punya kelemahan, sahabat kita juga punya kelemahan. Jangan menginginkan
satu kesempurnaan. Kasih tidak menjadikan kita buta dengan kelemahan tetapi
sebaliknya menerima dengan wajar.
Apa hendak buat, sudah jodoh kita dengan
orang begitu. Seperti mana kita bersabar dengannya, dia juga bersabar dengan
kita. Dia bermujahadah, kita pun bermujahadah. Kita sama-sama tahu piawaian
manusia yang syumul, tetapi kita sama-sama sedang merangkak mencapai piawaian
itu.
Untuk berhadapan dengan masalah ini,
pegang analogi ini. Hubungan kita seperti tangan kiri dan kanan, jika terdapat kotoran,kita
temukan keduanya dan bergeseer antara satu sama lain. Akhirnya, dengan geseran
dan laluan air, kedua-dua tangan yang kotor itu jadi bersih kerana geseran itu
rupa-rupanya saling membersihkan.
Itulah himah ‘geseran’ dalam persahabatan.
Kelemahan kalaupun tidak dapat diatasi tetapi dapat diterima dengan rela dan
redha.--------------------------------
Agaknya jika ada yang sedang bertelingkah
dengan rakan sekarang boleh la fikirkan balik ya. Go and apologize. Tak rugi
pun kan minta maaf? Rendahkan sikit ego tu, cuba minta maaf. Hidup pasti lebih
bahagia bila kita takde pertelingkahan. Senyumm.
Rapatkan hubungan sesama kita. You will
never live alone unless you are in an isolated island. It’s a truth.
Hargai lah persahabatan yang anda ada
sekarang kerana ia sangat berharga. Please maintain it. Dunia sekarang kan
senang. Ada whatsApp, LINE, WeChat, Messenger, Instagram, Twitter. You can
always ask your friends about them tapi jangan lah berhubung di media sosial
sahaja ya. Hang out sometimes, it will be more meaningful.
Kita berbeza? Itu yang istimewa.
Hingga bertemu lagi. Wassalam.
By: B.H.
No comments:
Post a Comment